1. Tukar Kekuatan Anda dengan Kekuatan Ilahi:
Yesaya 40: 29-31 mengajar kita bahawa Allah yang Mahakuasa yang kita sembah dan berkhidmat, akan memberi kita kekuatan ketika kita lemah. Apabila kita kekurangan kekuatan, Dia akan memberi kita kuasa. Dia akan memberi kita kesihatan dan kekuatan untuk melayani Dia. Malah orang muda pun boleh menjadi letih dan lesu dan anak muda mungkin keletihan dalam berusaha untuk melayani Tuhan. Tetapi sesiapa yang menunggu dan berharap kepada Tuhan, tidak kira apa umur mereka, mereka akan mendapat kekuatan baru. Inilah janji yang indah. Dan apabila orang-orang muda jatuh, orang-orang yang lebih tua "yang menunggu Tuhan akan terbang tinggi dengan sayap seperti helang. Mereka akan berlari dan tidak lelah; mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah".
Saya ingin menggalakkan semua orang untuk belajar bergantung kepada Tuhan dengan kepercayaan yang mudah untuk semua keperluan anda. Anda akan mendapat kekuatan baru, seperti yang dinyatakan dalam ayat ini. Atau dalam terjemahan lain: "Orang-orang yang menantikan Tuhan akan menukar kekuatan mereka". Ini bermakna kita memberikan kekuatan kita kepada Tuhan, dan sebaliknya Dia memberikan kekuatan Ilahi kepada kita secara pertukaran! Hallelujah!! Alangkah baiknya bagi kita bertukar segala yang kita ada dengan Tuhan. Yesus berkata kepada Bapa, "Semua milik-Ku adalah milik-Mu; dan sebaliknya, semua milik-Mu adalah milik-Ku juga" (Yohanes 17:10).
Dalam pelayanan Tuhan, anda memerlukan kekuatan-Nya untuk menjaga anda. Semua orang yang melayani Tuhan perlu mempercayai Tuhan untuk memberikan anda kekuatan Ilahi daripadaNia, iaitu kuasa kebangkitan - bukan hanya dalam semangat kita tetapi juga dalam badan kita. Dengan yang demikian, kita akan seterusnya berbuah bagi-Nya walaupun sampai zaman tua (Psa 92:14).
"Saya lebih rela kehilangan semua wang saya serta kesihatan saya daripada kehilangan pengurapan Tuhan dalam hidup saya."
2. Hargai pengurapan Roh Kudus:
Kita baca dalam Yehezkiel 3:23 "aku pergi ke lembah dan di situ aku melihat
kemuliaan TUHAN seperti yang aku lihat di tebing Sungai Kebar. Aku jatuh
tertelungkup di atas tanah"
Inilah prinsip pelayanan yang penting: Letakkan wajah anda pada debu lantai
selalu. Sebenarnya kadang-kadang adalah baiknya bagi kita melakukan itu
secara fizikal. Bersantai di atas lantai di dalam bilik anda di hadapan
Tuhan dan katakan, "Tuhan, saya hanya berhak di debu lantai ini. Saya
mengaku saya merupakan orang sifar di depan mataMu."
Pelayan Tuhan yang berkhotbah di kalangan orang menhadapi bahaya kerana
begitu ramai orang mengaguminya dan memuliakannya. Lebih dari orang lain,
pelayan Tuhan perlu bersendirian di hadapan Tuhan dengan kerap dan
bersandai di hadapanNya dan mengakui bahawa ia merupakannya sendiri sebagai
"orang sipar" di depan mata Tuhan.
Tuhan boleh mengambil nafas kita dalam seketika sahaja. Lagipun, Dia boleh
mengambil pengurapan kita dalam seketika. Saya takut kehilangan pengurapan
lebih daripada apa-apa lagi dalam hidup saya. Saya rela kehilangan semua
wang saya dan semua kesihatan saya berbanding dengan kehilangan pengurapan
Tuhan dalam hidup saya. Kehilangan pengurapan rohani dalam hidup kita
adalah sangat mudah jika kita cuai dengan wang, cuai dengan percakapan kita
atau dalam beberapa perkara kecil yang lain.
Ketika wajah Yehezkiel berada di atas debu tanah, Roh Allah datang
kepadanya dan menegakkannya. Biar wajah kita di atas debu tanah di hadapan
Tuhan. Di sana Roh Allah akan jatuh atas kita. Biarkan Dia kemudian angkat
kita. Jangan sekali-kali meninggikan diri sendiri.
3. Tuhan akan sentiasa menggalakkan anda walaupun anda gagal:
Yesaya 42: 2,3 mengatakan "Dia tidak akan berteriak ataupun menyaringkan
suaranya, dan suaranya tidak akan terdengar di jalan." Ini dipetik sebagai
merujuk kepada Yesus dalam Matius 12:19,20 di mana ia berkata, "Dia tidak
akan bertengkar atau berteriak, ataupun berkata-kata dengan suara kuat di
jalan-jalan raya. Buluh halus yang terkulai tidak akan dipatahkan-Nya."
Ini bermakna bahawa Tuhan tidak akan menghalang sesiapa-pun yang telah
merosakkan kehidupannya. Sebaliknya, Dia akan menggalakkannya dan akan
menyembuhkannya. Tuhan tidak akan memadankan api daripada lilin yang hendak
mati. Sebaliknya, Dia akan meniupnya supaya ia bernyala supaya menjadi api
yang lebih terang. Tuhan berminat untuk membantu orang yang lemah
kepercayaan kepada Tuhan dan yang gagal dalam hidup mereka. Beliau berminat
membantu mereka yang terputus asa, tertekan dan yang tidak bersemangat.
Seorang hamba Tuhan yang benar akan selalu mempunyai pelayanan yang sama -
pelayanan yang menggembirakan dan yang memberi semangat kepada orang-orang
yang tertekan dan kecil hati dan yang merasa putus asa dan bosan dengan
kehidupan. Marilah kita semua mencari pelayanan seperti ini kerana
orang-orang di banyak tempat yang memerlukannya.