Rahsia Pertumbuhan Rohani

Article Body: 

1. Tukar Kekuatan Anda dengan Kekuatan Ilahi:

Yesaya 40: 29-31 mengajar kita bahawa Allah yang Mahakuasa yang kita sembah dan berkhidmat, akan memberi kita kekuatan ketika kita lemah. Apabila kita kekurangan kekuatan, Dia akan memberi kita kuasa. Dia akan memberi kita kesihatan dan kekuatan untuk melayani Dia. Malah orang muda pun boleh menjadi letih dan lesu dan anak muda mungkin keletihan dalam berusaha untuk melayani Tuhan. Tetapi sesiapa yang menunggu dan berharap kepada Tuhan, tidak kira apa umur mereka, mereka akan mendapat kekuatan baru. Inilah janji yang indah. Dan apabila orang-orang muda jatuh, orang-orang yang lebih tua "yang menunggu Tuhan akan terbang tinggi dengan sayap seperti helang. Mereka akan berlari dan tidak lelah; mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah".

Saya ingin menggalakkan semua orang untuk belajar bergantung kepada Tuhan dengan kepercayaan yang mudah untuk semua keperluan anda. Anda akan mendapat kekuatan baru, seperti yang dinyatakan dalam ayat ini. Atau dalam terjemahan lain: "Orang-orang yang menantikan Tuhan akan menukar kekuatan mereka". Ini bermakna kita memberikan kekuatan kita kepada Tuhan, dan sebaliknya Dia memberikan kekuatan Ilahi kepada kita secara pertukaran! Hallelujah!! Alangkah baiknya bagi kita bertukar segala yang kita ada dengan Tuhan. Yesus berkata kepada Bapa, "Semua milik-Ku adalah milik-Mu; dan sebaliknya, semua milik-Mu adalah milik-Ku juga" (Yohanes 17:10).

Dalam pelayanan Tuhan, anda memerlukan kekuatan-Nya untuk menjaga anda. Semua orang yang melayani Tuhan perlu mempercayai Tuhan untuk memberikan anda kekuatan Ilahi daripadaNia, iaitu kuasa kebangkitan - bukan hanya dalam semangat kita tetapi juga dalam badan kita. Dengan yang demikian, kita akan seterusnya berbuah bagi-Nya walaupun sampai zaman tua (Psa 92:14).

"Saya lebih rela kehilangan semua wang saya serta kesihatan saya daripada kehilangan pengurapan Tuhan dalam hidup saya."

2. Hargai pengurapan Roh Kudus:

Kita baca dalam Yehezkiel 3:23 "aku pergi ke lembah dan di situ aku melihat kemuliaan TUHAN seperti yang aku lihat di tebing Sungai Kebar. Aku jatuh tertelungkup di atas tanah"

Inilah prinsip pelayanan yang penting: Letakkan wajah anda pada debu lantai selalu. Sebenarnya kadang-kadang adalah baiknya bagi kita melakukan itu secara fizikal. Bersantai di atas lantai di dalam bilik anda di hadapan Tuhan dan katakan, "Tuhan, saya hanya berhak di debu lantai ini. Saya mengaku saya merupakan orang sifar di depan mataMu."

Pelayan Tuhan yang berkhotbah di kalangan orang menhadapi bahaya kerana begitu ramai orang mengaguminya dan memuliakannya. Lebih dari orang lain, pelayan Tuhan perlu bersendirian di hadapan Tuhan dengan kerap dan bersandai di hadapanNya dan mengakui bahawa ia merupakannya sendiri sebagai "orang sipar" di depan mata Tuhan.

Tuhan boleh mengambil nafas kita dalam seketika sahaja. Lagipun, Dia boleh mengambil pengurapan kita dalam seketika. Saya takut kehilangan pengurapan lebih daripada apa-apa lagi dalam hidup saya. Saya rela kehilangan semua wang saya dan semua kesihatan saya berbanding dengan kehilangan pengurapan Tuhan dalam hidup saya. Kehilangan pengurapan rohani dalam hidup kita adalah sangat mudah jika kita cuai dengan wang, cuai dengan percakapan kita atau dalam beberapa perkara kecil yang lain.

Ketika wajah Yehezkiel berada di atas debu tanah, Roh Allah datang kepadanya dan menegakkannya. Biar wajah kita di atas debu tanah di hadapan Tuhan. Di sana Roh Allah akan jatuh atas kita. Biarkan Dia kemudian angkat kita. Jangan sekali-kali meninggikan diri sendiri.

3. Tuhan akan sentiasa menggalakkan anda walaupun anda gagal:

Yesaya 42: 2,3 mengatakan "Dia tidak akan berteriak ataupun menyaringkan suaranya, dan suaranya tidak akan terdengar di jalan." Ini dipetik sebagai merujuk kepada Yesus dalam Matius 12:19,20 di mana ia berkata, "Dia tidak akan bertengkar atau berteriak, ataupun berkata-kata dengan suara kuat di jalan-jalan raya. Buluh halus yang terkulai tidak akan dipatahkan-Nya."

Ini bermakna bahawa Tuhan tidak akan menghalang sesiapa-pun yang telah merosakkan kehidupannya. Sebaliknya, Dia akan menggalakkannya dan akan menyembuhkannya. Tuhan tidak akan memadankan api daripada lilin yang hendak mati. Sebaliknya, Dia akan meniupnya supaya ia bernyala supaya menjadi api yang lebih terang. Tuhan berminat untuk membantu orang yang lemah kepercayaan kepada Tuhan dan yang gagal dalam hidup mereka. Beliau berminat membantu mereka yang terputus asa, tertekan dan yang tidak bersemangat.

Seorang hamba Tuhan yang benar akan selalu mempunyai pelayanan yang sama - pelayanan yang menggembirakan dan yang memberi semangat kepada orang-orang yang tertekan dan kecil hati dan yang merasa putus asa dan bosan dengan kehidupan. Marilah kita semua mencari pelayanan seperti ini kerana orang-orang di banyak tempat yang memerlukannya.